Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
30 Ogos 2018 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA


Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Yang Amat Berhormat, Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 


Yang Amat Berhormat Tun,


Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh


Beta dengan amat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Tun, Kerajaan serta rakyat Malaysia bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61.


Beta bersyukur kehadrat Ilahi kerana ikatan silaturahim serta hubungan kerjasama dua hala di antara kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus dipupuk dan diperkukuhkan. Beta yakin di bawah kebijaksanaan pimpinan Tun, hubungan yang akrab dan mesra ini akan terus berkekalan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara.

Beta juga mengalu-alukan pertemuan kita yang akan datang khususnya semasa Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan Kali ke-22 di Malaysia dan yakin perundingan tahun ini akan terus memberikan manfaat dalam mengembangluaskan lagi hubungan kerjasama dua hala di pelbagai bidang yang sedia ada.

Beta bersertakan dengan Duli raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tun dan Tun Datin Dr. Siti Hasmah serta keluarga yang sentiasa di dalam keadaan sihat Wal'afiat dan Kerajaan serta  seluruh rakyat Malaysia terus menikmati kemakmuran dan kemajuan yang berpanjangan. 

Sekian.


Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 


Attachments
Back to Top