Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN BAGI INSIDEN SURAT ANCAMAN DI BRUNEI HALL

Pada hari Selasa, 4 Julai 2017 pada jam 10 pagi, pihak Unit Penuntut-Penuntut (UPP) di Brunei Hall, London, telah menerima satu sampul surat ancaman. Persuratan tersebut juga mengandungi serbuk putih yang mencurigakan.

Setelah memaklumkan pihak berkuasa di United Kingdom, pihak UPP telah dinasihati untuk mengosongkan bangunan Brunei Hall dan tindakan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak UPP.

Alhamdulillah, setelah siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, hasil penemuan adalah seperti berikut:
  Serbuk putih tersebut tidak mengandungi bahan radioaktif dan letupan;
  Tahap udara sekeliling bangunan adalah selamat;
  Tiga kakitangan yang terlibat dalam pembukaan surat ancaman tersebut telah disahkan dalam keadaan selamat.

Untuk makluman lanjut, Brunei Hall telah pun kembali beroperasi seperti biasa disekitar jam 1.15 petang dan semua penghuni dan kakitangan di Brunei Hall telah disahkan didalam keadaan yang selamat. Pihak berkuasa juga mengesyorkan bahawa rondaan akan diteruskan untuk memastikan persekitaran Brunei Hall adalah selamat. 





Attachments
Back to Top