Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
17 Ogos 2017 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA DATO LAILA UTAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA, BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA YANG KE-72

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,



Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan Kerajaan serta rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulangtahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-72.
 
Beta berpuas hati dengan jalinan persahabatan dan perkembangan hubungan kerjasama yang erat lagi mesra di peringkat dua hala dan serantau mahu pun antarabangsa. Sebagai negara jiran yang terdekat, Beta percaya kita akan terus bekerjasama rapat dalam usaha-usaha untuk mengembangmajukan hubungan ini demi kepentingan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Beta berserta dengan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan Tuan Yang Terutama, Datin lbu Hajah Iriana dan keluarga kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan serta rakyat Republik Indonesia sentiasa beroleh keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
 


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top