Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
31 Ogos 2017 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Yang Amat Berhormat, Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia


Yang Amat Berhormat Dato' Sri,

Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Beta dengan amat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Sri, Kerajaan serta rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia kali keenam puluh pada tahun ini.

Sepanjang jangka tempoh tersebut, rakyat Malaysia telah menikmati kestabilan dan kemakmuran yang berpanjangan berkat usaha gigih serta dedikasi pemimpin dan Kerajaan Malaysia dalam meningkatkan imej negara di persada dunia. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia menikmati tali persaudaraan dan jalinan persahabatan yang sangat akrab dan mesra. Beta yakin kedua-dua belah pihak akan terus memupuk dan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan ini di masa-masa akan datang.

Beta mengalu-alukan kedatangan Dato' Sri untuk Perundingan Ketua-Ketua Kerajaan Kali Ke-21 di Negara Brunei Darussalam. Beta percaya perundingan pada tahun ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat dalam melipatgandakan lagi bidang-bidang kerjasama yang sedia ada.

Beta berserta dengan Duli Raja İsteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a semoga Dato' Sri dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Sekian.


Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.


 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Attachments
Back to Top