Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
16 Mei 2018 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA BERHUBUNG SERANGAN-SERANGAN BOM DI SURABAYA YANG MENGAKIBATKAN KEHILANGAN NYAWA DAN KECEDERAAN ORANG AWAM

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifudien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam


Kepada:  Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN


Beta berdukacita mendengar berita mengenai dengan serangan-serangan bom ke atas tiga buah gereja dan sebuah balai polis di Surabaya yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan orang awam.

Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan Rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.


WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top