Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
23 Mei 2018 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI WAN AZIZAH DIATAS LANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifudien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia


Yang Amat Berhormat,


ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH


Beta sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas lantikan Yang Amat Berhormat Datuk Seri sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Beta yakin Negara Brunei Darussalam dan Malaysia akan terus memelihara hubungan persahabatan dan kerjasama rapat yang telah sekian lama wujud di antara kedua-dua buah negara demi kebaikan dan kepentingan bersama.

Beta berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Datuk Seri dan keluarga akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal'afiat dan beroleh kebahagiaan yang berpanjangan.


WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top