MOFAT | Ministry of Foreign Affairs and Trade

Switch to desktop

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

Bilangan Tawaran: MOFAT/TRADE/01/2014

Syarat-Syarat Tawaran:-

1.    TAWARAN adalah dipelawa bagi “Proposal for Event Management Services for the BIMP-EAGA Tourism Trade Expo 2014 from 19th to 22nd November 2014 at the International Convention Centre, Berakas for the Ministry of Foreign Affairs and Trade of Brunei Darussalam”.

2.    Bayaran tawaran berharga B$10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) hendaklah dijelaskan di Bahagian Kewangan, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan, BD2710, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga hari Sabtu (jam 8.30 - 11.30 pagi; dan 2.00 – 3.00 petang)  kecuali hari Jumaat.

3.    Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Pulaie, Bandar Seri Begawan, BB 3910, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga hari Sabtu (jam 8.30 - 11.30 pagi; dan 2.00 – 3.00 petang) kecuali hari Jumaat dengan membawa resit asal pembayaran tawaran tersebut.

4.    Tarikh akhir mendapatkan dokumen tawaran ialah pada hari Isnin, 18 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari.

5.    Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapat. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis seperti berikut tanpa  menunjukkan nama syarikat pemborong:-
Bilangan Tawaran: MOFAT/TRADE/01/2014 “Proposal for Event Management Services for the BIMP-EAGA Tourism Trade Expo 2014 from 19th to 22nd November 2014 at the International Convention Centre, Berakas for the Ministry of Foreign Affairs and Trade of Brunei Darussalam”.

6.    Sampul surat berkenaan hendaklah ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan, BD2710, Negara Brunei Darussalam dan dimasukkan ke dalam peti tawaran tidak lewat dari jam 2.00 petang, hari Selasa, 19 Ogos 2014.

7.    Satu taklimat bagi penjelasan lanjut akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Ogos 2014, jam 9.30 pagi di Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Pulaie, Bandar Seri Begawan, BB 3910, Negara Brunei Darussalam.

8.    Tawaran yang lewat di terima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan diatas tidak akan dilayan.

9.    Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima tawaran yang rendah atau seumpamanya.

Copyright © 2012 | Ministry of Foreign Affairs and Trade. All rights reserved

Top Desktop version